SEJARAH PENUBUHAN
· Tadika Mawardah telah diasaskan pada
bulan November 2010 hasil usaha pengasasnya iaitu cik Nurhafizah.
·
Konsep bagi pendidikan di tadika ini
yang menekankan kecemerlangan akademik di samping pembinaan peribadi yang unggul.
·
Selain itu, kedudukan tempat tadika ini
yang strategik iaitu berhampiran dengan beberapa taman perumahan telah
menjadikan penubuhan tadika ini sebagai suatu alternatif pendidikan kepada
masyarakat setempat.
·
Pada peringkat awal pembukaan cawangan
ini, kami telahpun menerima kemasukan seramai lima orang murid sahaja. Hal ini
kerana, pada mulanya tadika kami ini masih lagi tidak mendapat sambutan kerana
masyarakat setempat masih lagi tidak mengetahui tentang tadika yang baru dibuka
ini. Lama kelamaannya telah bertambah
sebanyak 25 orang. Peningkatan drastik ini adalah kerana sokongan dan
kepercayaan ibu bapa terhadap prestasi murid-murid yang mengikuti sesi
persekolahan di Tadika Mawardah sebelum itu.
·
‘Mawadah’ bermaksud ‘rasa kasih’ iaitu sempena rasa kasih dan
sayang pengasas tadika ini terhadap kanak-kanak membuatkan tercetusnya
penubuhan nama tadika mawardah ini.
Latar belakang
· ·
Tadika mawardah telah dirasmikan pada 30 Oktober 2010 dan sesi pengajaran dan
pembelajaran pertama bermula pada
Januari 2010.
·
Tadika Mawardah merupakan Taman
Didikan Kanak-Kanak yang berdaftar dan
diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah ( JKM ) dengan no. pendaftaran 282/2010.
Selain itu, ia juga mendapat kelulusan dan sokongan dari Majlis Bandaraya Kedah
(MBK),
·
Tadika Mawardah ini menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada
kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun.
Kanak-kanak ditempatkan bagi ibubapa atau penjaga yang bekerja atupun tidak. Hal ini bertujuan untuk
memberikan pendedahan awal kepada anak-anak mereka tentang alam persekolahan.
·
Di samping itu, tadika mawardah ini
menyediakan persekitaran yang luas, bersih dan selesa untuk murid-murid
melakukan aktiviti harian mereka. Guru
dan pembantu di tadika mawardah ini adalah yang terlatih, penyayang dan
profesional dimana ianya akan menjana perkembangan fizikal, sosioemosi,
kognitif, artistik dan bahasa kanak-kanak.
VISI
Menjadi
peneraju utama institusi pendidikan dalam menyediakan program pendidikan
prasekolah menyeluruh dan bersepadu untuk murid yang berumur empat tahun hingga
enam tahun dalam membina modal insan yang seimbang pencapaiannya dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan sahsiah berpaksikan kepada ajaran
agama menjelang tahun 2020.
MISI
Berusaha
menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang mampu membangun serta
membina modal insan yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak mulia, fizikal
yang sihat, emosi yang stabil, berketrampilan, berdisiplin, bertanggungjawab dan
bermotivasi melalui komitmen dan iltizam semua guru, kakitangan dan mendapat
sokongan padu daripada ibu bapa dan masyarakat.
MATLAMAT
Memastikan
murid-murid mendapat pendidikan terbaik melalui iklim persekitaran dan budaya
sekolah yang harmonis, muhibah dan saksama untuk membina modal insan yang
seimbang dari segi agama dan akademik selaras yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF
1.
Memberi peluang yang saksama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang,
agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
2.
Memastikan semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan mengikut
takwim perancangan tahunan.
3.
Menyediakan guru yang mencukupi, bertanggungjawab, berdisiplin, berdedikasi,
komited, terlatih dan produktif bagi meningkatkan profesionalisme dan martabat
keguruan.
4.
Merancang guru-guru mesti menghadiri kursus atau latihan kemahiran atau seminar
setiap tahun dalam usaha memastikan guru-guru agar terlatih dan mahir.
5. Menyediakan
kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap, mencukupi
dan selamat berteraskan piawaian-piawaian tertentu.
6. Mewujudkan
jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, dinamik dan
berteraskan kepada penambahbaikan dan pembaharuan yang berterusan.
7.
Memastikan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal sekolah dijalankan dengan
cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak-kehendak dan
keperluan-keperluan pelanggan iaitu murid, guru, masyarakat dan
negara.
Polisi
dan prosedur pelajar dan ibu bapa:
1) Pelajar hendaklah sentiasa memakai unifom dan
tanda nama semasa hadir ke tadika.
2) Pelajar perlulah hadir ke tadika sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran berjalan.
3) Segala barang peribadi pelajar seperti alat
tulis, pakaian, bekal makanan dan minuman hendaklah ditanda supaya ianya mudah
dikenal pasti oleh pelajar
4) Jika pelajar tidak hadir ke tadika ibu bapa
perlulah memberikan surat kepada pihak tadika
5) Bagi pelajar yang dijangkiti penyakit hendaklah
mengambil cuti sakit dan tidak dibenarkan ke tadika sehinggalah
sembuh.
6) Ibubapa hendaklah menghantar dan mengambil anak
mereka dalam tempoh masa yangditetapkan. Jika lewat ibu bapa perlu menghubungi
atau memberitahu pihak tadika di atas sebarang kelewatan.
7) Ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan tadika
sewenang-wenangnya pada waktupersekolahan.
8) Ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi
pihak tadika untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
9) Ibu bapa tidak boleh membunyikan hon
sewenang-wenangnya ketika berada di hadapan tadika.
Polisi dan prosedur bayaran yuran
1) Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan
tahunan yang ditetapkan ini adalah sah hingga 31 Disember pada tahun semasa
sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut pihak pengurusan boleh membuat
sebarang perubahan kadar bayaran (jika difikirkan perlu).
2) Jumlah yuran bulanan yuran bagi tadika adalah selama 11 bulan iaitu Januari hingga November.
3) Pada bulan Disember tiada bayaran tadika yang dikenakan.
4) Yuran bulanan tadika hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran pelajar tidak penuh pada bulan tersebut.
5) Resit bayaran yang diterima hendaklah disimpan oleh ibu bapa/penjaga sebagai bukti bayaran.
6) Sila pastikan ibu bapa/penjaga menerima resit rasmi tadika kami untuk sebarang bayaran yang dibuat
2) Jumlah yuran bulanan yuran bagi tadika adalah selama 11 bulan iaitu Januari hingga November.
3) Pada bulan Disember tiada bayaran tadika yang dikenakan.
4) Yuran bulanan tadika hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran pelajar tidak penuh pada bulan tersebut.
5) Resit bayaran yang diterima hendaklah disimpan oleh ibu bapa/penjaga sebagai bukti bayaran.
6) Sila pastikan ibu bapa/penjaga menerima resit rasmi tadika kami untuk sebarang bayaran yang dibuat
No comments:
Post a Comment